BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 18, 2011

MINGGU 15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
i.     Mengadakan seminar
ii.   Mengadakan pameran
PENGENALAN
    Melalui seminar ini Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dapat memberi peluang kepada murid-murid memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap IT.
    Seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

CIRI-CIRI SEMINAR
   Memberi peluang membuat  perbincangan tentang Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini.
   Menggalakkan setiap peserta mengambil bahagian untuk terlibat dengan seminar ini.
   Mendedahkan peserta dengan perkara baru.
   Memberi kesedaran kepada peserta supaya boleh menonjolkan diri dengan adanya seminar seperti ini.


TUJUAN SEMINAR
·   Mempamerkan bahan Bahasa Melayu berbantukan computer.
·   Memperlihatkan kepelbagaian bahan bantu mengajar kepada pelatih-pelatih dan guru-guru.

MINGGU 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

i.     Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
ii.   Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
iii.  Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
KONSEP CAKERA PADAT
   CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.
   Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
   Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1).
   Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA
   Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
   Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
   Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
   Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
   Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
   Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
   Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.



JENIS-JENIS CAKERA PADAT



MINGGU 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

i.     Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
ii.   Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
iii.  Memanipulasi animasi dalam persembahan

KONSEP ANIMASI
         Animasi merupakan suatu teknik menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilusi gerakan (motion) pada gambar yang ditampilkan.
         Secara umum ilusi gerakan merupakan perubahan yang dideteksi secara visual oleh mata penonton sehingga tidak harus perubahan yang terjadi merupakan perubahan posisi sebagai makna dari istilah 'gerakan'.
         Perubahan seperti perubahan warna pun dapat dikatakan sebuah animasi.
         Gambar dapat didefinisikan sebagai koleksi deskripsi geometris dan visual ataupun dapat berupa citra.
         Pada gambar yang merupakan koleksi deskripsi, maka animasi didefinisikan sebagai fungsi yang memetakan waktu kepada perubahan parameter-parameter dari deskripsi.
         Pada gambar yang merupakan citra, animasi didefinisikan sebagai fungsi yang memetakan waktu kepada tiap elemen citra.
         Jika citra didefinisikan sebagai fungsi domain spasial maka animasi merupakan komposisi fungsi yang memetakan waktu kepada nilai tiap elemen citra (pixel).

FUNGSI ANIMASI DALAM POWER POINT
         Untuk menarik perhatian.
         Supaya sesuatu persembahan power point menjadi menarik.
         Supaya tidak membosankan.
         Untuk mencantikkan persembahan power point.
         untuk menjadi daya penarik.

MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWERPOINT
LANGKAH 1:
·         Klik pada icon Power Point.    
     
LANGKAH 2 :
·         Pilih latar belakang yang sesuai supaya persembahan power point menjadi menarik.
·         Pilih “fornt” serta saiz yang sesuai.

LANGKAH 3 :
·         Masukkan animasi perkataan atau objek ke dalam power point.
·         Untuk memasukkan animasi tersebut terlebih dahulu tekan icon “insert”.
·         Kemudian tekan pula pada icon “picture”. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:
·         Kemudian pilih animasi yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran yang hendak diaplikasikan di dalam kelas.

LANGKAH 4:
·         Setelah semua animasi perkataan dan objek dimasukkan, anda perlu “save” power point tersebut ke dalam folder.

MINGGU 12

MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
i.     Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan  pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.
ii. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat   pengarangan
  
a)   Terdapat pelbagai jenis alat pengarangan multimedia yang berasaskan kepada metafora turutan atau organisasi elemen multimedia.
b)  Antaranya ialah:
·         Kad atau alat berasaskan muka surat
o   Elemen multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
o   Beribu himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
o   Pembangun boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau struktur navigasi yang ditetapkan.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Hypercard (macintosh), superCard (macintosh/windows) & Asymetrix Toolbook (windows)

·         Alat berasaskan ikon/adegan
o   Elemen multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja berstruktur.
o   Paparkan aktiviti aliran  gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Macromedia Authoware (macintosh/windows), IconAuthor (windows) & Quest (windows)

·         Alat berasaskan masa
o   Elemen multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi setinggi 1/30 saat.
o   Bingkai grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh pereka.
o   Penambahan navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana lokasi.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Macromedia Director (macintosh/windows). Bahasa lingo digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.

·         Alat berorientasikan objek
o   Elemen multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
o   Mesej dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah mTropolis (macintosh/windows), Quarklmmedia (macintosh/windows) & MediaForge (windows).



·         Contoh alat pengarangan jenis alat berasaskan masa :

·         Contoh alat pengarangan jenis alat berorientasikan objek

Sunday, April 17, 2011

MINGGU 11

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

i.     Konferensi secara dalam talian
ii.   Mengadakan siding video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
iii.  Merakamkan perbualan

  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon  kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
  • Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
  • Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.

3 Jenis Persidangan Video
o   Banyak ke banyak
o   Satu ke banyak
o   Satu ke satu

CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO
         Pendidikan
         Pembentangan (Presentations )
         Perkongsian kerja antara penyelidik
         Berkomunikasi
         Teleperubatan
         Mesyuarat

Kebaikan Menggunakan Telesidang
         Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
         Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan sektor-sektor lain.
         Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
         Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
         Mempertingkatkan komunikasi.
         Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
         Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja

TRANSMISI SIDANG VIDEO
         Cekup (capture)
   Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
   Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.
         Mampat
   Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
   Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
         Siar
   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
   Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

PERISIAN SOFTWARE BOLEH DIDAPATI DI :



PENGGUNAAN PERISIAN SKYPE

LANGKAH 1 :

LANGKAH 2 :

LANGKAH 3 :

HASIL :


CARA KELUAR DARI PERBINCANGAN

HASIL :


JENIS PERSIDANGAN VIDEO

YAHOO MASSENGER

LANGKAH 1:

LANGKAH 2:

LANGKAH 3:

LANGKAH 4:

LANGKAH 5:

LANGKAH 6:

LANGKAH 7:

LANGKAH 8:

LANGKAH 9: