BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 17, 2011

MINGGU 10

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

i.     Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
ii.   Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
iii.  Membina bahan video dan audio
iv.  Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca

AUDIO
         Audio / bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
         Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
         Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
         Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:
Ø  AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
®    format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
Ø  MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
®    Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
Ø  MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
®    Format yang boleh diterima pakai diseluruh  dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
Ø  SND/Sound
®    Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
Ø  WAVE/ WAV
®    Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
Ø  SUN AUDIO/ AU
®    Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
Ø  MPEG (Moving Picture Experts Group)
®    Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.
Ø  Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

0 comments: