BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 16, 2011

MINGGU 3

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
·         Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
·         Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint



OBJEKTIF KOD ETIKA
         Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer.
         Memahami prinsip etika komputer.
         Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
         Mengetahui fungsi kod etika profesional.
         Keperluan etika komputer.

PRINSIP
         Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
         Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
         Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
         Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya

ETIKA
         Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan)
         Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

KOD ETIKA
         Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
         Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
         Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
         Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
         Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
         Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
         Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
         Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
         Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

ISU ETIKA
         Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.
         Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.
         Kurang arif tentang undang-undang siber.
         Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.
         Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.

ISU ETIKA
         Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
         Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
         Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam jangka masa tertentu.
         Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
         Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang (gaji) semasa menjalankan tugas.
         Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan profesion itu.


*      KEBERSENDIRIAN
Ø  Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
Ø  Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.
Ø  Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk dimaklumkan kepada pihak lain.
Ø  Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah selamatnya maklumat tersebut?

*      KETEPATAN MAKLUMAT
Ø  Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.
Ø  Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?
Ø  Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang terjejas boleh dipampas?

*      HAK MILIK
Ø  Siapa memiliki maklumat?
Ø  Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat?
Ø  Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta?
Ø  Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik?
Ø  Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi?
Ø  Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan?
Ø  Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan?

*      CAPAIAN
Ø  Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
Ø  Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
Ø   Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
Ø  Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
Ø  Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?

*      KOD ETIKA PROFESIONAL
Ø  Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
Ø  Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
Ø  Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
Ø  Bersikap adil dan tidak menindas.
Ø  Menghormati hak cipta orang lain.
Ø  Menghormati hak kebersendirian orang lain.


MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWERPOINT

BROSUR

LANGKAH 1 :
·         Klik pada icon Microsoft Publisher


LANGKAH 2 :
·         Klip pada icon brosur


LANGKAH 3 :
·         Pilih “templates” brosur yang anda suka.


LANGKAH 4 :
·         Masukkan maklumat ke dalam brosur yang telah dipilih tadi.
·         Kemudian hias mengikut kretiviti anda.
·         Contoh brosur yang telah siap :



POWER POINT
LANGKAH 1 :
·         Klik pada icon Power Point.  
     

LANGKAH 2 :
·         Pilih latar belakang yang sesuai dan menarik.


LANGKAH 3 :
·         Kemudian pilih huruf yang sesuai dan boleh dilihat dari jauh saiz huruf yang sesuai untuk power point sekurang-kurangnya saiz 22.
·         Pilih warnar huruf yang sesuai dan boleh dilihat.
·         Lihat contoh di bawah ini :


LANGKAH 4 :
·         Jika ingin ke slide ke dua anda boleh klik pada icon home”, kemudian klip pula pada icon new slide.


LANGKAH 5 :
·         Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga siap semua maklumat yang ingin dimasukkan.


LANGKAH 6 :
·         Setelah Power Point siap, anda perlu klip pada icon save supaya segala maklumat tidak hilang.

0 comments: