BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 17, 2011

MINGGU 7

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

i.     Mengaplikasi Model Pemprosesan Maklumat Dalam Simulasi Pengajaran  Dengan Menggunakan Tapak Pembelajaran.
§ Model pemprosesan maklumat
§ Prinsip-prinsip utama model pemprosesan
§ Proses utama

ii.   Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Simulasi Pengajaran Menggunakan Tapak Pembelajaran

Model Pemprosesan Maklumat
          Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi.
          Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
          Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Prinsip-prinsip Utama Model Pemprosesan
          Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
          Pengaliran maklumat dua hala
          Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,  mengingat kembali dan lupaan.
          Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Proses Utama
a)   Pengenkodan ('Encoding')
    Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
b)   Penyimpanan ('Storage')
    Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.
c)    Mengingat Kembali ('Retrieval')
    Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
d)   Lupaan ('forgetting')
    Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan  panjang

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Simulasi Pengajaran Menggunakan Tapak Pembelajaran

LANGKAH 1 :

LANGKAH 2 :

LANGKAH 3 :

LANGKAH 4 :

LANGKAH 5 :

LANGKAH 6 :

0 comments: