BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 17, 2011

MINGGU 10

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

i.     Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
ii.   Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
iii.  Membina bahan video dan audio
iv.  Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca

AUDIO
         Audio / bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
         Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
         Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
         Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:
Ø  AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
®    format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
Ø  MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
®    Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
Ø  MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
®    Format yang boleh diterima pakai diseluruh  dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
Ø  SND/Sound
®    Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
Ø  WAVE/ WAV
®    Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
Ø  SUN AUDIO/ AU
®    Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
Ø  MPEG (Moving Picture Experts Group)
®    Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.
Ø  Format file lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

MINGGU 9

MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN

Prosedur Pengeditan
-     Mengedit  bahan atas talian bermaksud kita menggunakan perisian yang terdapat dalam internet
-     Terdapat pelbagai perisian dalam internet.
-     Antaranya ialah :


LANGKAH 1 :
·         Pergi ke www.mybrochuremaker.com dan tekan start”

LANGKAH 2 :
·         Selepas tekan startanda akan di bawa ke paparan seterusnya seperti di bawah:

·         Kemudian tekan pada free usedan isi segala makmulat yang di perlukan pada kotak tersebut.

LANGKAH 3 :                           
·         Setelah selesai mendaftar, anda akan di bawa ke paparan seperti yang ditunjukkan di bawah:
·         Kemudian tekan pada perkataan new

LANGKAH 4 :
·         Selepas itu, masukkan nama projek yang anda kehendaki.
·         Kemudian tekan pada creat new

LANGKAH 5 :
·         Pilih jenis brosur yang anda inginkan.

LANGKAH 6 :
·         Setelah memilih jenis brosur yang anda inginkan, anda akan di bawa ke paparan seterusnya iaitu memilih latar untuk brosur anda.
·         Lihat gambar di bawah ini :

·         Di sini anda akan “edit” brosur anda. Lihat paparan seterusnya :

·         Tekan pada edit the insidekemudian akan keluar paparan seperti di bawah:
·         Di sini anda akan masukkan segala maklumat yang hendak ditulis dan dieditmengikut brosur apa yang anda ingin buat.
·         Selepas selesai mengedit”, anda boleh tekan saveyang terdapat di bahagian atas sebelah kanan anda.
·         Selepas savebrosur anda, bolehlah disimpan di dalam folder anda.

Prinsip Pengeditan
o   Perlulah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
o   Tidak boleh mengedit sebarangan tanpa kebenaran pemiliknya.
o   Mengedit perlulah dengan tekun dan sabar kerana bukan mudah untuk mengedit sesuatu maklumat.
o   Perlu lebih telita sewaktu mengedit.

MINGGU 8

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN
i.     Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
ii.   Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.
Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
·         Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet. 
·         Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
·         Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di  internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
·         Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. 
·         Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
ü  Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
ü  Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
ü  Minta murid melayari laman web yang disediakan
ü  Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
ü  Guru membuat kesimpulan.

Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH 1 :
·         Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
·         Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
·                                   http://upsrbm.tripod.com/bk.htm



LANGKAH 2 :
·         Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
·         Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
·         Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :

LANGKAH 3 :
·         Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
·         Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
·         Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
·         Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
·         Lihat contoh di bawah :

LANGKAH 5 :
·         Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
·         Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik :

·         Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
·         Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.


Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Tahun                          : Tahun 3 Mawar
Tarikh                          : 26.4.08
Masa                            : 8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid           : 32 orang
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tema                           : Buah-buahan
Tajuk                           : Banjir di Kampung Buah-buahan

Hasil Pembelajaran :

Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
1.    Memberikan lima contoh kesan banjir berdasarkan pengetahuan sendiri secara lisan. 
Aras 2.0 (Aras i)
2.   Membaca teks cerita Banjir di Kampung Buah-buahandengan memahami teks cerita tersebut sekurang-kurangnya 80% pemahaman.
Aras 6.4 (Aras ii)
3.    Menulis lima isi penting dan nilai murni yang terdapat di dalam teks cerita Banjir di Kampung Buah-buahan
Aras 9.2 (Aras i)

Fokus Utama
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
Aras 2
i.             Menyatakan maklumat secara menyeluruh tentang sesuatu teks yang dibaca.

Fokus Sampingan
2.0 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
      baik dan jelas.
Aras 1
i.             Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1
i.             Mengenal pasti isi yang terdapat dalam bahan yang dibaca atau didengar.

Sistem Bahasa :
 Tatabahasa     : ayat tunggal dan ayat majmuk
 Kosa kata :                 dilanda
tercegat
dipujuk
dihanyutkan
dijalankan

Pengisian Kurikulum :
 Ilmu                          : Sains
 Nilai                          : bekerjasama
 Kemahiran Berfikir   : menjana idea , menghubungkait
 Belajar Cara Belajar   : bacaan secara luncuran

Bahan Bantu Belajar :
 Teks cerita ‘Banjir di Kampung Buah-buahan’
 Kad kosa kata
 Borang KWLH

Pengetahuan Sedia Ada :
-       Murid mengetahui akan keadaan banjir yang berlaku melalui pengalaman dan pembacaan.